Thursday, August 18, 2011

MUQADDIMAH


Bismillahirrahmanirrahim...
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.


Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi s.a.w yang mulia

Setelah lama 'bertapa',
akhirnya ana sudah bersedia,
untuk menaipkan secebis kata-kata,
yang tidak seberapa,
tidak seindah mana,
bukan madah penglipur lara,
ingatan untuk diri yang lupa,
bahawa jangan alpa,
jangan leka,
kita masih di dalam bahtera,
menuju sebuah pulau di hadapan sana,
tak ramai orang yang berjaya,
di atas kapal ada yang terlena,
ada pula yang berjaga waspada,
laut bergelora tidak terduga,
kadang buas kadang sentosa,
di dalamnya ujian tersedia,
tersilap langkah diri sendiri kecewa,
sabar dan taqwa menuju syurga,
ayuh sahabat, ayuh saudara,
kita tiada masa,
untuk sentiasa bergelak ketawa,
untuk terus tersenyum ceria,
takutlah azab yang menimpa,
impikanlah ganjaran yang berganda,
agar cinta kita dan Dia,
tak dihalang pihak ketiga,
si syaitan musuh durjana,
sejak dahulu mula bekerja,
memandu kita menuju neraka.
Pilihlah antara dua,
dia atau Dia,
kita pilih kita merasa,
kita pilih kita merana,
mahu pahala atau dosa?,
semuanya terserah kepada kita,
jangan tanya bila?,
ayuh bergandingan ke syurga!

No comments:

Post a Comment